Tuesday, May 20, 2014

Kaedah Pengajaran Jawi


 

a) Pandang sebut

Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan jawi. Ia melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Aktiviti ini adalah untuk membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengejanya. Melalui kaedah ini , murid akan dilatih bagaimana untuk mengenali sesuatu perkataan tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi. Kaedah ini lebih praktikal kerana ianya memendekkan masa untuk mengeja perkataan serta murid boleh memberikan tumpuan kepada perkataan atau ayat yang bermakna. Walaupun begitu kaedah ini tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf .

Cadangan aktiviti pengajaran:

i) Guru menunjukkan gambar dahulu kemudian murid akan menyebut perkataan yang ditulis pada kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru.

ii) Langkah seterusnya diikuti dengan membaca perkataan atau ayat tersebut daripada buku teks. Tiada cerakinan dibuat terhadap perkataan tersebut.

iii) Setelah murid-murid menguasai perkataan tersebut, barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan berkenaan dengan menggunakan kad-kad perkataan.

b) Kaedah huruf (abjad)

Kaedah ini merupakan kaedah asas membaca yang paling tua yang paling digunakan untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak. Daripada cantuman huruf-huruf, murid akan diperkenalkan pula bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. Kelemahan kaedah ini ialah akan melambatkan proses pemahaman kerana mereka banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan.

Cadangan aktiviti pengajaran :

i) Guru memperkenalkan kesemua huruf jawi sebanyak 37 huruf.

ii) Kemudian dikuti huruf-huruf vokal kemudian baru diikuti oleh huruf konsonan. Huruf konsonan

iii) Kemudian digabung dengan huruf vokal untuk membentuk bunyi dalam suku kata seterusnya digabung suku kata untuk menjadi perkataan.

c) Kaedah bunyi (fonetik)

Merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan hubungan simbol dengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang baharu mengenal huruf jawi kerana ianya tidak membebankan memori mereka. Kaedah ini memerlukan murid itu bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lama. Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam kaedah ini adalah menggunakan asiosasi bunyi dan asiosasi gambar. Melalui teknik asiosasi bunyi dan gambar ini, murid dapat mengingat dan di samping itu guru tidak perlu mengenalkan semua bunyi sekaligus tetapi memadai bunyi-bunyi asas dahulu. Bunyi huruf vokal perlu diperkenalkan terlebih dahulu baharu memperkenalkan bunyi huruf-huruf konsonan yang senang kemudian yang lebih susah.

Cadangan Aktiviti:

i) Contoh asiosasi bunyi ; untuk membunyikan ‘aa’ guru boleh mengaitkannya dengan beberapa peristiwa yang berlaku dalam persekitaran murid seperti terkena makanan panas iaitu melalui jeritan aaaa panasnya! Bunyi “ee’ dikaitkan dengan rasa geli geli dan jijik melihat kotoran iaitu eeee kotornya.. Bunyi “oo’ boleh dikaitkan dengan tanda setuju oooo macam tu…

ii) Manakala asiosasi gambar pula, guru boleh menggunakan gambar ayam untuk bunyi ‘aa’ gambar emak untuk ‘ee’ dan sebagainya.

d) Mengeja /Membatang

Membatang suku kata bermaksud murid mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang membentuk suku kata. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru bagi tujuan ini.

Cadangan aktiviti:

i) Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif,jim,wau

ii) Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara kelas, kumpulan dan individu.

iii) Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya. Seperti ba +ju=baju

iv) Guru meminta murid menulis perkataan yang dibentuk.

e) Imla’

Imla’ bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber( perkataan,frasa dan ayat) untuk ditulis orang lain. Ia Melibatkan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imla’ ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat dan wacana. Antara kebaikannya murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas dan dapat melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.

Cadangan aktiviti:

i) Guru membaca dengan kuat dan jelas perkataan atau ayat-ayat pendek. Guru digalakkan untuk mengulang sebutan supaya murid tidak keliru.

ii) Murid mendengar dengan teliti kemudian mengejanya dengan lisan atau menulisnya dalam buku latihan.

f) Latih tubi

Latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali dengan teknik menghafaz. Kekuatan kaedah ini murid dapat mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.

Cadangan aktiviti:

i) Guru terlebih dahulu membaca perkataan dalam tulisan jawi secara berulang-ulang kali.

ii) Kemudian murid dikehendaki membaca secara berulang kali dalam bentuk kelas ,kumpulan dan individu.

iii) Selepas itu, murid dikehendaki menulis perkataan tersebut di dalam buku latihan sebagai pengukuhan.

g) Permainan

Belajar sambil bermain merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Murid akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu yang sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Kaedah ini dapat mengembangkan banyak kemahiran murid seperti psikomotor, sosial, interaksi dan komunikasi. Sesuai untuk pringkat rendah. Contoh kaedah permainan bagi Huruf Tunggal ialah permainan boling, Tenteng , Main kad dan Kereta api. Manakala contoh permainan bagi Kemahiran Suku kata ialah Sahibba dan pancing ikan

Cadangan Aktiviti Pengajaran:

i) Persediaan sebelum iaitu pilih permainan yang sesuai dan sediakan alatan yang sesuai beserta dengan peraturannya.

ii) Perlaksanaaan: Murid memulakan permainan setelah diberi penerangan oleh guru. Guru membimbing dan mengawas dan menilai hasil permainan serta mengisytihar pemenangnya.

iii) Selepas permainan: Guru mengadakan perbincangan dengan murid dan membuat rumusan. Setelah itu murid mengemaskan alatan permainan.

h) Nyanyian/nasyid:

Antara kaedah yang sangat menarik dan berkesan dalam pengajaran jawi ialah kaedah dan teknik nyanyian atau nasyid. Murid peringkat sekolah rendah sangat suka menyanyi. Selaras dengan minat mereka, pengajaran jawi boleh disampaikan dengan cara menyanyi lagu yang sesuai supaya murid dapat mengingati huruf-huruf jawi ,mengeja perkataan dan sebagainya. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang Jawi”.

Cadangan aktiviti:

i) Guru menayangkan senikata lagu dan memdengarkan lagu tersebut kepada murid secara berulang-ulang.

ii) Guru menyanyi bersama dengan murid secara kelas, kumpulan dan invididu.

iii) Setelah selesai bernasyid guru boleh berbincang berkait dengan isi nasyid yang dinyanyikan itu.

iv) Murid dikehendaki menulis lirik lagu tersebut dalm tulisan jawi sebagai pengukuhan.

i) ADD dan MDD

Akhbar Dalam Darjah dan Majalah Dalam Darjah adalah antara kaedah atau teknik yang paling berkesan dalam pengajaran jawi untuk murid sekolah rendah tahap dua. Akhbar Utusan Malaysia biasanya mengadakan akhbar sisipan bertulisan jawi satu kali dalam seminggu. Ianya banyak membantu guru dalam pengajaran. Dalam akhbar itu sendiri telah menyediakan latihan yang sesuai untuk digunakan murid-murid sekolah rendah. Selain itu juga guru juga boleh menggunakan keratan berita yang ada di akhbar untuk ditulis semula dalam tulisan jawi atau tulisan jawi dirumikan. Murid bukan sahaja mendapat kemahiran menulis jawi tetapi juga mendapat ilmu pengetahuan dan maklumat yang ada dalam akhbar atau majalah tersebut. Mereka juga boleh membuat projek buku skrap menggunakan ADD atau MDD.

Cadangan aktiviti Pengajaran:

i) Guru mencari akhbar-akhbar yang bersesuaian untuk digunakan oleh murid.

ii) Guru menyuruh murid mencari berita yang menarik dalam akhbar untuk ditukarkan ke dalam tulisan jawi atau dari jawi kepada tulisan rumi.

iii) Murid diminta untuk saling bertukar hasil kerja dengan kawan-kawan dan menyemak hasil kerja kawan-kawan.

iv) Guru membuat pembetulan jika ada kesilapan. Guru membuat rumusan.

Teori dan Kaedah Penulisan Jawi

Penulisan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD)

Penulisan ejaan jawi yang disempurnakan berdasarkan sistem ejaan jawi Za`ba dengan beberapa perubahan dan penyesuaian yang tertentu bagi menampung perkembangan baru yang berlaku dalam bahasa Melayu. Dengan itu pada dasarnya penulisan ejaan ini tidak menyimpang jauh daripada sistem ejaan Za`ba. Pada tahun 1986 sebuah buku pedoman ejaan yang disempurnakan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di bawah judul Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Pedoman ini dihasilkan setelah selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Za’ba (1939) dan di dalamnya terkandung pedoman ejaan yang dikekalkan, dimantapkan, diubahsuaikan dan diperbaharui daripada Daftar Za’ba itu. Pada tahun 1988 diterbitkan pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi dan telah digunapakai secara meluas. Manakala pada tahun 2005 diterbitkan semula buku Daftar Ejaan Rumi- Jawi yang mengandungi 2 jilid. Beribu-ribu patah perkataan baru telah ditambah seperti penambahan kata-kata dasar dan perkataan-perkataan berimbuhan yang bersesuaian dengan kata dasar dan ianya lebih dirujuk kepada Kamus Dewan DBP. Kemudian yang terkini pada tahun 2008 telah dimantapkan dan dikeluarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang terkini, tetapi jilid terbaru ini telah dikeluarkan hanya 1 jilid sahaja. Daftar yang terkini ini telah dimantapkan dengan beberapa pengubahsuaian perkataan-perkataan tertentu dengan memberi fokus kepada ejaan perkataan serapan Bahasa Arab dan beberapa perkataan yang mengelirukan.

Huruf-huruf Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Huruf-huruf Arab diterima semuanya. Demikian juga huruf-huruf jawi yang telah wujud selama ini. Sebagai tambahan, satu huruf baru telah dicipta, iaitu huruf ؤ (va) untuk transliterasi Jawi bagi huruf [v] Rumi. Dengan itu, terdapat enam tambahan kepada huruf Arab asli yang sedia ada. Huruf-huruf tersebut ialah:

چ ڠ ف ڬ ڽ ؤ

Kelompok Huruf Jawi

Pada dasarnya huruf-huruf jawi diambil dari huruf-huruf arab atau dinamakan huruf-huruf ‘hijaiyah’. Kata ‘hijaiyah’ berasal ari kata kerja ‘hajja’ ( هجى ) , bermaksud mengeja, mengira huruf, membaca huruf demi huruf dengan harakat-harakatnya. Kaedah menulis huruf-huruf ini mendatar dan dimulai dari arah kanan ke kiri.

Huruf Tunggal

Padanan-padanan Rumi yang diberikan didalam kurungan ialah padanan-padanan yang digunakan untuk mengeja istilah-istilah pinjaman bahasa Arab

Huruf Bersambung

Penggunaan huruf vokal

Dalam sistem ejaan Jawi sekarang ada empat huruf vokal dan dua gabungan huruf vokal (digraf) yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku, iaitu [a], [i], [é]. [e], [o] dan [u]. Huruf-huruf tersebut ialah alif, ya, ye (ya tanpa titik) dan wau serta gabungan huruf alif-ya dan alif-wau.

Vokal [a] dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

(i) Vokal [a] dilambangkan dengan huruf alif apabila membuka suku kata atau terletak di suku kata terbuka.

(ii) Vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di suku kata tertutup.

Vokal [i] dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

(i) Vokal [i] dilambangkan dengan huruf alif-ya apabila hadir di awal kata.

(ii) Vokal [i] dilambangkan dengan huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup di tengah atau akhir kata.

Vokal [é] taling dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

(i) Vokal [é] taling dilambangkan dengan huruf alif-ya apabila hadir di awal kata.

(ii) Vokal [é] taling dilambangkan dengan huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup di tengah atau akhir kata.

Vokal [e] pepet dilambangkan dengan tiga cara yang berikut:

(i) Vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di awal kata.

(ii) Vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf apabila hadir di suku kata terbuka sebelum akhir atau suku kata tertutup.

(iii) Vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf ye (huruf ya tanpa titik) apabila hadir di suku kata akhir terbuka. Contohnya:

Vokal [o] dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

(i) Vokal [o] dilambangkan dengan huruf alif-wau apabila hadir di awal kata.

(ii) Vokal [o] dilambangkan dengan huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup di tengah atau akhir kata.

Vokal [u] dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

(i) Vokal [u] dilambangkan dengan huruf alif-wau apabila hadir di awal kata.

Vokal [u] dilambangkan dengan huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup di tengah atau akhir kata:

Perbezaan Penggunaan Huruf

i) Penggunaan huruf konsonan

Sejumlah 33 huruf (daripada 37 huruf-tidak termasuk alif dan ye serta wau dan ya yang berfungsi sebagai lambang vokal) dalam senarai abjad Jawi bahasa Melayu adalah huruf-huruf konsonan yang hampir semuanya menjadi lambang satu lawan satu antara huruf dengan fonem konsonan. Maklumat tambahan dijelaskan di bawah.

Huruf va, iaitu © (huruf wau bertitik di atas), digunakan sebagai lambang bagi fonem atau bunyi [v] yang terdapat dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain.

Huruf qaf digunakan sebagai lambang bagi semua bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun huruf qaf, kaf dan hamzah tetap digunakan di akhir kata serapan daripada bahasa Arab seperti dalam ejaannya yang asal.

Huruf ta-marbutah, iaitu ³ (huruf ta simpul), dalam kata serapan daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan (sekiranya kelainan sebutan tersebut tidak membezakan makna).

Bunyi [t] yang terserap ditulis dengan ejaan ta
(i) Bunyi [t] dengan ejaan ta marbutah
(ii) Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah
(iii) Bunyi [t] atau [h] dengan ejaan ta marbutah

 Pembentukan Perkataan

Satu Suku Kata Terbuka dan Tertutup

Kata dasar satu suku kata tertutup yang mengandungi bunyi [a] dieja dengan tidak menggunakan huruf alif untuk melambangkan bunyi tersebut,contohnya.

Jika perkataan satu suku kata itu tertutup berupa kata pinjaman Arab yang yang mengandungi huruf alif maka ejaannya dikekalkan.

Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup

i. Kata dasar yang biasanya digunakan bersama-sama dengan berbagai-bagai imbuhan dimasukkan hanya kata dasarnya sahaja.

Kata dasar tiga suku kata atau lebih Terbuka Dan Tertutup

Ada kata dasar tiga atau lebih daripada tiga suku kata yang terbina hanya dengan pertambahan suku kata baru pada kata dasar dua suku kata contohnya;

ii. Perkataan yang tiada kata dasar tetapi digunakan bersama-sama imbuhan , contohnya;

Homograf

Homograf iaitu perkataan yang ejaannya sama tetapi mempunyai makna yang berlainan,dimasukkan bentuk ejaan Jawi yang sama.

ii) Selanjutnya bentuk ejaan jawi dapat menyelesaikan masalah homograf dalam tulisan rumi,contohnya

iii) Perkataan –perkataan yang selama ini dieja serupa dibezakan dalam daftar ini.

Diftong

Diftong ai dan au yang mengakhiri perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu akan dilambangkan oleh ي ا dan و ا.

Partikel –lah, -kah dan –tah ditulis serangkai dengan kata yang ada didepannya. Kata gabung yang berupa rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istelah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama lain.

Kata Serapan daripada Bahasa Arab

Kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Jawi mengikut cara mengeja kata jati dalam bahasa Melayu.

Bunyi vokal [a], [i] atau [u] tanpa huruf vokal pada istilah agama ditulis dengan huruf alif, yaatau wau pada kata serapan yang digunakan dengan pengertian umum.

Bagi kata serapan daripada bahasa Arab yang berakhir dengan suku kata terbuka menggunakan bunyi vokal [a], [i] atau [u] dan dieja tanpa huruf vokal di suku kata akhir, kata dasar yang berkenaan hendaklah ditulis seperti dalam bahasa asalnya, yakni tanpa menggunakan huruf vokal. Namun demikian apabila dibentuk kata terbitan dengan akhiran atau partikel perlulah ditulis dengan huruf alif, ya atau wau untuk menghindarkan kesamaran dalam pembacaan.

Pada umumnya semua kata serapan daripada bahasa Arab dieja seperti asal dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, untuk menghindarkan kekeliruan dalam pembacaan bunyi vokal atau membezakan dua kata yang berlainan, huruf vokal ya atau wau digunakan dalam ejaan Jawi.

Huruf alif maqsurah ( å ) yang melambangkan bunyi vokal [a] dalam ejaan asal bahasa Arab dikekalkan demikian dalam ejaan Jawi.

Walau bagaimanapun, huruf tersebut hendaklah digantikan dengan huruf alif apabila dibentuk kata terbitan dengan akhiran atau partikel.

Perbezaan antara Ejaan Zaaba dan Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan

Kaedah Jawi Za’aba

Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak sekian lama, namun tidak terdapat rekod yang menunjukkan adanya kajian mengenai tulisan Jawi yang dibuat oleh orang Melayu. Cuma pada pertengahan abad ke-20 ini telah muncul seorang pengkaji ulung bernama Za'ba (Zainal Abidin Ahmad). Beliau telah mengkaji penggunaan tulisan Jawi dengan mendalam. Za'ba telah mengumpul beribu-ribu perkataan Melayu dan usaha ini dijalankan sejak tahun 1918. Sumber perkataan itu diperolehi daripada Daftar Ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan pada tahun 1904. Pada tahun 1925, senarai perkataan itu disemak semula dan ditambah. Za'ba sempat juga menulis satu makalah yang bertajuk Jawi Spelling yang diterbitkan dalam JMBRAS pada tahun 1928.

Za`ba telah menyusun buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi tetapi baru terbit pada tahun 1949. Seterusnya beliau berjaya menyusun sebuah buku Rahsia Tulisan Jawi pada tahun 1931. Kemudian, beliau telah menyusun buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Dalam kedua-dua buah buku ini, telah dibahas tentang padanan huruf Jawi dengan Rumi dan juga tentang sistem ejaan Melayu: Rumi dan Jawi. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu I misalnya Za'ba telah menyenarai­kan huruf Jawi (dengan sebutannya sekali mengikut lafaz Arab), dan padanan huruf Ruminya (huruf kecil dan besar), selain bentuk-bentuk huruf yang digunakan pada pangkal, tengah dan hujung. Bagi huruf و (wau) dan ي (ya), Za'ba telah memberikan tiga padanan bagi setiap satunya.

Bukti dan Sejarah Tulisan Jawi

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Tulisan Jawi ini telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya. Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik. Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan. Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa. Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab. Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera, sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.  Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.