Tulisan
 Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini 
telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke
 Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti 
kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu 
Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi 
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan 
tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan 
Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu 
Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan 
dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di
 Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
| Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia. | 
Pada
 zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. 
Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, 
adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam 
perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan 
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. 
Selain
 itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
 tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
 Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan 
Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua 
bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.  
 | 

Salah pertama sekali dapat tulisan. Jawi ada lah Kedah buktinya batu bertulis jawi ibnu saraan tahun 829m walaupun tulisan pendek tapi cukup membuktikan jelas membuktikan jauh sebelum ada kerjaan melayu di Kedah sudah di jumpai batu tulisan jawi ibnu Sahidan so..aku org Pahang seharusnya aku bekaup Melaka tapi kenapa harus putar belit sejarah benda dah terbukti kalau kita kata Melaka dan Johor terima tulisan jawi pertama berarti kita berbohong dan buta sejarah jelas bukti di jumpa..tapi aku x tahu kenapa org Kedah jenis x bangga kan diri Dorang malah bangga banggakan Melaka seperti negeri negeri lain juga anggap Melaka lebih power padahal apa yg di sampaikan hari ini tidak semengah hari ini kerana kota Melaka org org bmsejarah kata rakyatnya miskin miskin di zaman sultan Melaka apa yg di bayangkan hari ini salah Melaka x semegah yang kita bayangkan..itu lah yg ahli sejarah katakan..tapi bagi aku aku pecaya Melaka megah juga pasti di kenali juga
ReplyDelete